Rasa dah lama gila tak update blog ouh. Blog pun dah lain sekarang. Sebenarnya ada banyak je cerita tapi rasa malas pulak nak menaip. So, jadi silent reader jelah.
Pada 4 Februari 2013(Isnin), time kelas Addmath, saya telah menerima satu berita yang mengejutkan. *cehh. Nazirah and I were offered to stay at hostel :D. Padahal hari tu baru plan dgn Farah nak masuk tusyen kat Kcm. Mak dah bagi duit dah pun. Time dorang bagitau aku blurr sikit, bila dah faham aku terus je nangis* eee malu.. Pastu kitorang pun tanya lah nak beli barang apa semua kan. Pukul 3.30, habis je kelas, aku berlari mcm kanak-kanak riang meninggalkan Nazirah di belakang. Terlupa pulak. Kami pegi hostel sebab Penyelia Asrama suruh lapor diri.
Masuk je bilik tu senyum je. Nazirah pun sama. Pastu dia bagi surat semua. Pastu, dia suruh dtg bilik tu esok sbb nak amik cawan pulak Kami pulak sepakat nak masuk asrama lepas cuti raya cina. Hehe. Time kat bustop tu termenung je, Nazirah pun perasan. Sebenarnye aku tgh fikir nnti kat hostel kena bangun awal, basuh baju sendiri pastu nnti sape nak kejut time bangun nnti. Yang paling penting, mcmne aku nak basuh baju, dahlah basuh guna tangan wehh.
Time beli barang yang paling best. Masuk je Watson mak ckp beli je pape. Waa, rasa nak beli kedai tu sekali. Banyak jugak lah shopping. Hmm pastu mak pulak nak shopping, adoo... Hari yang ditunggu telah tiba. Bertarikh 17 Februari 2013, check in asrama. Time otw pegi hostel, aku dgn Nazirah main mesej-mesej. Tanya kat mana, bila nk smpai and mcm-mcm laa. Pastu kami gather, angkat beg masuk dorm then lepak kat luar balik dgn parents.Pastu kami pun salam-salam, hugs and kisses kejap. Tapi kami tak nangis kayy! Masuk je dorm, tak tau nak buat apa. Aku tengok Nazirah tengah kemas barang, tp aku tak tau nak buat apa. Sumpah time tu aku rasa mcm masa stuck kejap. Pastu aku pun kemas barang letak dlm loker, pasang cadar and so on...
Now, almost 2 months stay kat hostel. Ada budak ni, nama die Fatin Shahirah bt Azman bin Hashim. Dia ni masuk air sikit. Air biru pulak tu. Dahlah suka tidur, malas mandi pulak tu. Aku ni prihatin, so aku kejutkan lah dia. Sebenarnya aku tak pandai kejutkan org tau. Aku kejutkan dia tak bangun-bangun sampai budak ni ckp aku kejut lembut sgt then dorang suruh kasar sikit. Mana lah aku tau.... Aku tarik jelaa rambut dia. Pastu kan dia tak bangun-bangun jugak. Nampak sgt liat nak bangun pagi. Now, aku jadi cikgu dia.
Hence, as a conclusion, stay kat hostel best gilaa. Sumpah tak tipu! Yg penting,dah pandai basuh baju sendiri.
~THE END~